Kuda Padi (buruj)
Kuda Padi (buruj)

Kuda Padi (buruj)

Kuda Padi, Anak Kuda, Kuda Kecil, Kuda, atau Equuleus (Equ) ialah sebuah buruj. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "kuda kecil". Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomer abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Buruj ini merupakan buruj moden kedua paling kecil (selepas Crux (Pari)), menganjur sebesar hanya 72 darjah persegi. Buruj ini juga sangat malap, tanpa bintang lebih cerah daripada magnitud keempat.

Kuda Padi (buruj)

Bintang utama 3
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) Tiada
Bintang dalam 10.00 pc(32.62 ly) Tiada
Objek Messier Tiada
Bintang Bayer/Flamsteed 10
Sebutan /eku.uleus/, genitif /eku.ulei/
Bintang terhampir HD 200779
(48.41 tc, 14.84 pc)
Bintang dengan planet 2
Nama Latin Equuleus
Genitif Equulei
Pancuran meteor
Tiada
Singkatan Equ
Keluasan 72 darjah persegi (ke-87)
Keserongan +10
Bintang paling terang α Equ (Kitalpha) (3.92m)
Keluarga Perairan Langit
Buruj bersempadan
Simbolisme Kuda Padi
Jarak hamal 21
Sukuan NQ4